12 February 2009

My Dearest Daddy,Cathy Keris,Veteran Actor(Mas Karim)



Left:Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Mahyon Ismail, Allahyarham Nordin Ahmad,Mas Karim(my dad)










Di lokasi pengambaran film Panglima Besi.



































Bersama para pelakon film Wan Perkasa.
Second from the left M.Wari.
Second from the right Mas Karim.

Dad was once an actor with Cathy Keris..In the most film he acted,he will asked to be the bad ones.Muka garang per..heheheh..Ada juga berlakon watak orang baik lah..dalam film Gurindam Jiwa bapak diberi watak Datuk,Datuk Ambang...i wil try to upload the video clip but not the full film lah,kalau nak tengok,di luar dah ada jual VCD nya.. Film2 yg bapak pernah lakonkan ialah film bertajuk.Gurindam Jiwa(Selalu ditayangkan di TV),Panglima Besi,Wan Perkasa,Mata Dan Hati,Kasih Ibu Dan Patung Cendana(film ni dah lama tak ditayangkan).


I was also once an actress tau,tapi peranan kecil je dalam drama berepisode 'CEMAS' di episode 2 sahaja,pengarah Jumali Kasmadi,lepas tu takda offer lagi heheheheh..masa i darjah 4 kalau tak silap i also ada menari di rancangan TV hiburan ,Puspasari Aidil Fitri kalau tak silap tahun 1981 or 1982 kalau tak silap lah,kena pakai baju mcm ali ba ba hahahahh..masa tu SBC bukan Mediacorp..


Allahyarham Masjor. Beliau adalah wrestler yg diseganni di Pulau Bawean Indonesia.

Nama sebenar bapak Abdul Kareem Bin Masjor,lahir di singapore(lahir tahun 1931),Nenek dah Datok keturunan Bawean(Boyanese)..Nenek asal dari Medan Indonesia..Dengar cerita datok yang asal dari Bawean datang ke Medan Indonesia untuk menyahut cabaran teman2 bahawa di Medan ada seorang wanita yg cantik yg begitu payah untuk anak2 muda didaerah Medan untuk dijadikan teman hidup.(nenek memilih kot).Setelah datok menemui wanita tersebut ,datok jatuh cinta dengan kecantikan dan keangunan wanita itu(that's my nenek),kata bapak, nenek dari keturunan Raden..jika nenek keluar dari tempat kediamannya,nenek akan diiringi,jika orang-orang kampung yg melihat nenek,mereka akan tunduk mengadap nenek,sambil menemukan dua belah tapak tangan kedahi mereka tanda hormat.

Datok tetarik dengan nenek lalu dengan usaha atok memikat nenek, menjadi....Datok membawa nenek lari ke Bawean lalu kawin..Terror eh datok..main kidnap2 anak orang..Tidak lama kemudian datok dan nenek berhijrah ke singapore..selepas datok dan nenek meninggal,peninggalan harta nenek dengan datok di pulau Bawean di sedekah kan kepada salah satu keluarga terdekat yg selama ini menjaga sawah dan tanah datok yg penuh dengan pokok kayu jati..Bapak menyuruh orang2 sana membina mesjid menggunakan kayu2 jati kepunyaan datok dan nenek dan yg lain di sedekahkan kepada keluarga terdekat di sana.Kami sekeluarga belum pun pergi ke pulau Bawean lagi..InshaAllah kalau ada rezeki hendak juga kesana..

SRI ANDALAS TELAH MEMBESARKAN SAYA HINGGA KE HARI INI.
Balik cerita kepada bapak saya..bapak sekarang mengidap sakit ginjal..dia begitu risau dengan keadaan yg semakin kurus..tapi kami sekeluarga sentiasa mencuba membuat dia bahagia..Bapak seorang yang kami adik beradik takutkan ,sebab dia garang dan mahu anak2 nya berdisiplin,sebalik peribadi bapak yang garang dan panas baran,saya tahu yang bapak sangat menyayangi keluarganya..Pekerjaan bapak dari muda antaranya,pemandu peribadi,tukang masak di Singapore General Hospital,freelance actor di Cathy Keris,freelance barber..Setelah berkahwin dengan mak(Siti Khadijah Asrak) yang berasal dari Batu Pahat berketurunan Banjar Masin..Bapak membuka kedai rambut bersama rakan2nya hingga dapat membuka kedai rambut kepunyaan sendiri yang dinamakan Sri Andalas And Hairdressing salon di Balestier Hill Shopping Centre..saya dibesarkan dalam suasana peniagaan bersama keluarga..sebabnya waktu tu saya tinggal shophouses..hari2 saya akan melihat mak ngan bapak bekerja,mak mendandan rambut wanita dah bapak menggunting rambut lelaki..sehingga saya tertarik dengan pekerjaan mendandan dan kecantikan..pada usia saya belasan tahun,saya ditugaskan untuk membantu mak di kedai.habis sekolah tolong mak cuci rambut pelanggan mak,perming,coloring dan macam2 lagi...setelah saya tamat pengajian dalam Hairdresser di institute VITB Kim Keat,saya tidak di benarkan bekerja di luar kerana bapak mahu saya menerus kan perniagaan jika bapak dengan mak sudah tidak larat untuk meneruskan,saya menemu jodoh pun di kedai itu,sebab hubby saya dulu pekerja part-time barber ngan bapak saya...Tapi apa kan daya semua itu tidak kesampaian...Sekarang kedai itu sudah dijual atas sebab2 tertentu...jika diizin tuhan,saya ingin sekali hendak membuka kedai sendiri dan memakai semula nama Sri Andalas.SRI ANDALAS sungguh bermakna sekali buat keluarga Mas Karim.

No comments:

Post a Comment